

Saudara-saudari
ahli KPPK Johor
Sejajar dengan perkembangan
era maklumat yang serba pantas dan berkembang pesat, KPPK Cawangan Johor turut
mengorak langkah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya dalam
penyebaran maklumat. Justeru itu, KPPK Johor melancarkan laman webnya sendiri
bertujuan dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan cekap kepada
ahli-ahlinya. Kini KPPK Cawangan Johor mempunyai bilangan ahli yang menjangka
hampir 17,000 orang. Selain daripada itu, Johor mempunyai keluasan yang begitu
besar dan adalah sukar untuk ahli-ahli yang berada di merata-rata tempat,
walaupun dalam negeri Johor untuk berurusan secara terus dengan pegawai yang
berada di pejabat KPPK Cawangan Johor. Dengan ini diharapkan laman web ini
menjadi salah satu alternatif bagi mengatasi perkara tersebut.
Melalui laman web,
saudara-saudari boleh mendapatkan segala borang dari borang keahlian sehingga
borang tuntutan insuran secara terus tanpa berkunjung ke Pejabat Cawangan Johor
yang terletak di Muar.
Laman
web KPPK Johor juga mempunyai jaringan dengan Kementerian Pendidikan dan
Kementerian-kementerian yang lain, ini akan memudahkan ahli-ahli untuk
berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu. Saudara-saudari yang ingin
memperolehi borang-borang pinjaman perumahan dari Kementerian Kewangan juga
boleh mendapatkannya melalui laman web KPPK Johor.
Laman
web KPPK Johor juga mengandungi alamat para Ahli Jawatankuasa mereka dengan
mudah. Turut dimuatkan ialah edisi Guru Malaysia yang terkini di mana
saudara-saudari boleh memperolehi maklumat-maklumat tentang perkembangan dan
aktiviti berkaitan dengan guru di Malaysia. Saudara-saudari juga boleh
mengetahui aktiviti-aktiviti KPPK Johor dari masa ke semasa dengan melayari
laman web ini.
Akhir
kata, diharapkan kewujudan laman web ini dapat dimanfaatkan oleh
saudara-saudari demi kebaikan bersama.
Sekian,terima
kasih.
Tey Meng Seng
Setiausaha Kehormat KPPK
Johor
[Halaman][Ucapan
Pengerusi][Ucapan Setiausaha][Sejarah][Perjuangan
KPPK]
[Foto
Warga KPPK Johor][Aktiviti][Jalinan
Laman][Borang-borang]