Saudara-saudari ahli KPPK Johor

Sejajar dengan perkembangan era maklumat yang serba pantas dan berkembang pesat, KPPK Cawangan Johor turut mengorak langkah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya dalam penyebaran maklumat. Justeru itu, KPPK Johor melancarkan laman webnya sendiri bertujuan dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan cekap kepada ahli-ahlinya. Kini KPPK Cawangan Johor mempunyai bilangan ahli yang menjangka hampir 17,000 orang. Selain daripada itu, Johor mempunyai keluasan yang begitu besar dan adalah sukar untuk ahli-ahli yang berada di merata-rata tempat, walaupun dalam negeri Johor untuk berurusan secara terus dengan pegawai yang berada di pejabat KPPK Cawangan Johor. Dengan ini diharapkan laman web ini menjadi salah satu alternatif bagi mengatasi perkara tersebut.

Melalui laman web, saudara-saudari boleh mendapatkan segala borang dari borang keahlian sehingga borang tuntutan insuran secara terus tanpa berkunjung ke Pejabat Cawangan Johor yang terletak di Muar.

Laman web KPPK Johor juga mempunyai jaringan dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian-kementerian yang lain, ini akan memudahkan ahli-ahli untuk berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu. Saudara-saudari yang ingin memperolehi borang-borang pinjaman perumahan dari Kementerian Kewangan juga boleh mendapatkannya melalui laman web KPPK Johor.

Laman web KPPK Johor juga mengandungi alamat para Ahli Jawatankuasa mereka dengan mudah. Turut dimuatkan ialah edisi Guru Malaysia yang terkini di mana saudara-saudari boleh memperolehi maklumat-maklumat tentang perkembangan dan aktiviti berkaitan dengan guru di Malaysia. Saudara-saudari juga boleh mengetahui aktiviti-aktiviti KPPK Johor dari masa ke semasa dengan melayari laman web ini.

Akhir kata, diharapkan kewujudan laman web ini dapat dimanfaatkan oleh saudara-saudari demi kebaikan bersama.

Sekian,terima kasih.


 

Tey Meng Seng

Setiausaha Kehormat KPPK Johor
 
 

[Halaman][Ucapan Pengerusi][Ucapan Setiausaha][Sejarah][Perjuangan KPPK]
[Foto Warga KPPK Johor][Aktiviti][Jalinan Laman][Borang-borang]